31.01.2025 Paparan dalam Acara

Kami dengan berbesar hati ingin berkongsi berita menarik dan menggembirakan ini bersama anda! Baru-baru ini, kami kembali dari Dubai, di mana kami menyertai pameran kewangan berprestij dan berskala besar, EKSPO iFX Dubai 2025!

Acara ini berlangsung dari 14 hingga 16 Januari di Pusat Dagangan Dunia Dubai dan merupakan salah satu pameran dagangan terbesar dalam sejarah rantau MENA.

Lebih daripada 1,600 syarikat kewangan dari 120 negara serta lebih 7,000 tetamu, termasuk rakan niaga, pelabur, dan pedagang, berkumpul di EKSPO iFX Dubai 202.

Bagi InstaForex, menjadi sebahagian daripada acara besar ini adalah satu penghormatan besar dan peluang terbaikg untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran kewangan global.

Sepanjang tiga hari pameran, kami berjaya melakukan pelbagai perkara: memperkenalkan serta membentangkan perkhidmatan dan produk dagangan terkini kami, berinteraksi dengan pelanggan dan rakan niaga, serta memperluaskan rangkaian kami dengan peserta baharu yang penuh semangat.

Selain itu, pengunjung ke gerai InstaForex menikmati masa yang menyeronokkan bersama pembantu mesra kami, anjing robot, dan turut serta dalam cabutan hadiah yang menarik.

Kami dengan tulus mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyertai kami di pameran ini. Kehadiran anda telah memberi inspirasi kepada kami untuk membangunkan penyelesaian yang lebih mudah dan efektif bagi memenuhi keperluan dagangan anda.

Tetaplah bersama InstaForex untuk mencapai matlamat kewangan anda dengan cepat dan mudah, melangkah dengan yakin menuju kejayaan, dan menyaksikan kemajuan anda setiap hari!

Kami tidak sabar untuk bertemu anda di acara kami yang akan datang!

31012025600800d (2) 31012025600800d (17) 31012025600800d (13) 31012025600800d (12) 31012025600800d (11) 31012025600800d (9) 31012025600800d (7) 31012025600800d (6) 31012025600800d (1) 31012025600800d (25) 31012025600800d (24) 31012025600800d (23) 31012025600800d (22) 31012025600800d (21) 31012025600800d (20) 31012025600800d (19) 31012025600800d (18) 31012025600800d (14) 31012025600800d (10) 31012025600800d (8) 31012025600800d (4) 31012025600800d (3)